Sunday, August 14, 2011

Senibina?


      Senibina?pemahaman sy tentang senibina berubah2 mengikut pengedaran masa. mengikut pengalaman2 yg dilalui. melalui pembacaan. melalui penceritaan ahli2 senibina yang lebih berpengalaman. pemahaman erti senibina ketika di bangku sekolah amatlah berbeza dengan pemahaman setelah 4 sem menceburi bidang senibina  ini. Tidak dinafikan lagi, ramai mengatakan senibina ini tidak dapat didefinisikan dalam satu ayat atau perkataan sahaja. Setiap orang punya pendapat yang berbeza. yang penting, Senibina itu LUAS.



senibina ke tu? (budak tu buat xnmpak dah la)

senibina ke ni?

kerana masih lagi baru melangkah ke bidang ini, sy msih lg belom mampu atau ckup ilmu untuk menyatakan definisi senibina dalam ayat2 sy sendiri. Pemahaman sy tentang senibina bermula dengan memahami senibina sebagai bidang melukis. Kalau x silap sy, mase part 2 dlu, sy teringat yang Che Ani mendefinisikan "Architecture Is About Making Decision" . 

Fansworth House by Mies Van Der Rohe

Mengikut sedikit kajian dan bacaan sy, idea plan awal2 rumah ni tidak seperti yang diatas. Kalau xslap ade 2 idea kedudukan pintu. So, Mies Van Der Rohe perlu buat decision yang bagus kerana kedua2 idea itu pasti ade pro dan cons dy kan? So, Architecture Is About Making Decision. tepat sekali definisi yang dikemukan oleh Che Ani.

Making Decision.






Selain itu, saya juga memahami Architecture Is About Solving Problem. Semuanya bermula dengan masalah. Tanpa masalah. Tiada la senibina. Kenapa ade rumah? sebab nak berlindung, nak berteduh. 

bersambung. . . . 

Bersih 2.0



Walaupun perhimpunan Bersih 2.0 sudah lama berlalu. Namun, agak banyak lagi bnde2 atau post event yang masih berlaku atau hangat diperkatakan oleh masyarakat atau media masa kini. Pasal keganasan polis, pasal kematian peserta Bersih 2.0 , dan sebagainya. So, saya mengambil keputusan untuk tidak berpihak di mana2 pihak ataupun neutral. 




Kedua2 pihak ade betul dan ade salahnya. Tetapi, pada pndapat saya ini adalah kerja LUAR. Sape orang LUAR tu? Indonesia? Amerika? Israel? Wallahualam. Sy ade terbaca dalam internet dimana dikatakan perhimpunan Bersih 2.0 ni ditaja oleh orang LUAR. lagi sekali, sapekah orang luar tu? sy tidak berani nak menyatakan fakta2 kerana belum ckup tahu atau paham secara detail tntang orang LUAR tu. Tetapi, mengikuat pembacaan sy kat page Alter Terahsia Bangsa Melayu, orang LUAR tu tgah berusaha memecahkan bangsa Melayu kerana orang Melayu dikatakan bangsa diorang yang hilang. betul ke? Wallahualam.. 




Okay, tujuan perhimpunan Bersih 2.0 diakan adelah utk menuntut perkara2 diatas. Seperti yang kta ketahui,negara kta mengamalkan sistem demokrasi, dimana rakyat berhak menyuarakan pendapat dan berhak memilih pemimpin. sy rase, perhimpunan ni x patut di katakan haram dan boleh diadakan kerana sistem demokrasi. kate rakyat berhak menyuarakan pendapat, kenape perhimpunan camni xboleh diadakan lak kan? memang tak dinafikan, kat mane2 pun mesti ade korupsi ataupun bnde2 yang disembunyikan dari awam kan. tapi, kate pepatah, spndai2 tmpai melompat, pasti jatuh ke tanah jua kan? dunia akhir zaman ni memang banyak fitnah dan korupsi berlaku. So,sy sedikit sebanyak bersetuju dengan tuntutan2 Bersih 2.0 ni.





Gambar diatas menunjukkan sedikit sebanyak ketika perhimpunan Bersih 2.0. Tetapi, sy juga berpendapat perhimpunan ni x harus diadakan. Kenape? sebab kite ni macam dah terpengaruh sangat dengan care2 demonstrasi ni. Macam dekat Mesir dlu dan yang terbaru, kejadian kat London tu. Ada kmungkinan perhimpunan yang bermula secara aman ni boleh bertukar menjadi ganas. Nak ke rusuhan cam kat Mesir ngan London tu belaku kat tmpat kite? orang2 yang x bersalah akan mnjadi mangsa. rompak sane sni. haishhh..



MESIR




LONDON

Kawan sy time skolah2 yang blaja kat Mesir ade la citer skit tntang pengalaman dy mase rusuhan kat Mesir. Dy kate smue student dalam ketakutan dan hanya berdiam diri diri dalam rumah masing. Ade jugak berita mngatakan ade mmber2 diorang kene rompak la,kene rogol la. Haishhh.. nk ke blaku kat sni? Smue ni berbalik kpada orang LUAR . Mereka bersorak2 gembira melihat kejayaan mereka memecahkan bangsa Melayu. fikir2kanlah..... 

p/s : maaf jika sape2 terasa. sy tidaklah begitu arif sangat dengan politik. :p

Wednesday, November 10, 2010

Mandala?

Mandala berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud "lingkaran" atau "bulatan"

Bentuk asas mandala ialah segi empat dengan 4 pintu masuk yang mengandungi satu bulatan dengan titik tengah

Setiap pintu masuk berbentuk huruf Ta T

Dalam upacara spiritual, mandala digunakan :-

-Sebagai satu alat dalam pengajaran spiritual

-Untuk mencipta satu ruang suci

-Sebagai alat bantuan dalam proses meditasi

Yantra merupakan salah satu daripada jenis Mandala. 

Istilah Yantra biasanya merujuk pada konteks Hindu 
  
Sementara mandala biasanya merujuk pada konteks Buddha





Bumbung Minangkabau?

Rumah gadang atau lebih dikenali sebagai rumah bagonjong oleh masyarakat Minangkabau merupakan rumah tradisional masyarakat Minangkabau

Rumah bagonjong bermaksud rumah dengan atap seperti tanduk

Senibina, hiasan luaran dan dalaman, dan fungsi melambangkan kebudayaan masyarakat Minangkabau 

Rumah gadang berfungsi sebagai :

- Tempat tinggal
- Dewan untuk mesyuarat keluarga
- Aktiviti-aktiviti / Upacara

Mengikut tradisi masyarakt Minangkabau, rumah gadang ini dimiliki oleh dan hak milik rumah tersebut diturunkan dari ibu ke anak perempuan

Elemen - Elemen Senibina Yang Terdapat Di Rumah Gadang

Gonjong, struktur bumbung kelihatan tanduk 

Singkok, dinding bersegi tiga di bawah hunjung-hujung gonjong
  
Pereng, rak di bawah singkok 

Anjuang, anjung di hujung pada satu gaya rumah gadang
  
Dindiang ari, dinding-dinding di ketinggian tepi 

Dindiang tapi, dinding-dinding di ketinggian di hadapan dan belakang

Papan banyak, muka hadapan 

Papan sakapiang, sebuah rak atau middle band pada batas luar rumah

Salangko, ruang pemagaran dinding di bawah rumah

Bumbung berbentuk 'multi-tired','upswept gables'

Tingkap bidai telah dibina dengan ukiran bunga dan banyak cat




Dougong?

Dougong merupakan satu elemen senibina China yang diperbuat daripada kayu

 Ia merupakan satu sistem 'Bracketing'

Sistem ini membantu menyelesaikan 4 masalah yang timbul apabila bangunan menjadi semakin besar

-Bagaimana hendak mengurangkan jarak beam,

-Bagaimana hendak mengikat bahagian dinding diatas tiang

-Bagaimana hendak menyokong bahagian tepi atap yang lebar

-Bagaimana hendak menguatkan rangka bangunan

Dou bermaksud  blok kayu 
 
Gong bermaksud braket yang berbentuk busur
 
Hanya dibina di bangunan-bangunan penting seperti istana dan kuil kerana larangan dalam masyarakat feudal
 




 



Wat?


Wat ialah kuil-kuil yang terdapat di sekitar Thailand, Laos, Cambodia.

Maksud “wat” ialah sekolah.

Fungsi atau peranan wat ini adalah:

1)      Tempat tinggal sami Buddha
2)      Sebagai kuil
3)      Tempat menempatkan patung Buddha
4)      Tugu Peringatan

Bangunan binaan Buddha tidak boleh diklasifikasikan sebagai wat jika ia tidak didiami oleh sekurang-kurangnya 3 sami Buddha.

Di Kemboja, Wat dikenali sebagai tempat pemujaan.

Di Thailand, Wat dikenali sebagai semua tempat pemujaan kecuali masjid.