Wednesday, November 10, 2010

Mandala?

Mandala berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud "lingkaran" atau "bulatan"

Bentuk asas mandala ialah segi empat dengan 4 pintu masuk yang mengandungi satu bulatan dengan titik tengah

Setiap pintu masuk berbentuk huruf Ta T

Dalam upacara spiritual, mandala digunakan :-

-Sebagai satu alat dalam pengajaran spiritual

-Untuk mencipta satu ruang suci

-Sebagai alat bantuan dalam proses meditasi

Yantra merupakan salah satu daripada jenis Mandala. 

Istilah Yantra biasanya merujuk pada konteks Hindu 
  
Sementara mandala biasanya merujuk pada konteks Buddha





Bumbung Minangkabau?

Rumah gadang atau lebih dikenali sebagai rumah bagonjong oleh masyarakat Minangkabau merupakan rumah tradisional masyarakat Minangkabau

Rumah bagonjong bermaksud rumah dengan atap seperti tanduk

Senibina, hiasan luaran dan dalaman, dan fungsi melambangkan kebudayaan masyarakat Minangkabau 

Rumah gadang berfungsi sebagai :

- Tempat tinggal
- Dewan untuk mesyuarat keluarga
- Aktiviti-aktiviti / Upacara

Mengikut tradisi masyarakt Minangkabau, rumah gadang ini dimiliki oleh dan hak milik rumah tersebut diturunkan dari ibu ke anak perempuan

Elemen - Elemen Senibina Yang Terdapat Di Rumah Gadang

Gonjong, struktur bumbung kelihatan tanduk 

Singkok, dinding bersegi tiga di bawah hunjung-hujung gonjong
  
Pereng, rak di bawah singkok 

Anjuang, anjung di hujung pada satu gaya rumah gadang
  
Dindiang ari, dinding-dinding di ketinggian tepi 

Dindiang tapi, dinding-dinding di ketinggian di hadapan dan belakang

Papan banyak, muka hadapan 

Papan sakapiang, sebuah rak atau middle band pada batas luar rumah

Salangko, ruang pemagaran dinding di bawah rumah

Bumbung berbentuk 'multi-tired','upswept gables'

Tingkap bidai telah dibina dengan ukiran bunga dan banyak cat




Dougong?

Dougong merupakan satu elemen senibina China yang diperbuat daripada kayu

 Ia merupakan satu sistem 'Bracketing'

Sistem ini membantu menyelesaikan 4 masalah yang timbul apabila bangunan menjadi semakin besar

-Bagaimana hendak mengurangkan jarak beam,

-Bagaimana hendak mengikat bahagian dinding diatas tiang

-Bagaimana hendak menyokong bahagian tepi atap yang lebar

-Bagaimana hendak menguatkan rangka bangunan

Dou bermaksud  blok kayu 
 
Gong bermaksud braket yang berbentuk busur
 
Hanya dibina di bangunan-bangunan penting seperti istana dan kuil kerana larangan dalam masyarakat feudal
 




 



Wat?


Wat ialah kuil-kuil yang terdapat di sekitar Thailand, Laos, Cambodia.

Maksud “wat” ialah sekolah.

Fungsi atau peranan wat ini adalah:

1)      Tempat tinggal sami Buddha
2)      Sebagai kuil
3)      Tempat menempatkan patung Buddha
4)      Tugu Peringatan

Bangunan binaan Buddha tidak boleh diklasifikasikan sebagai wat jika ia tidak didiami oleh sekurang-kurangnya 3 sami Buddha.

Di Kemboja, Wat dikenali sebagai tempat pemujaan.

Di Thailand, Wat dikenali sebagai semua tempat pemujaan kecuali masjid.




Masjid Berbumbung 3?

Pernahkah anda ternampak atau terlihat atau terperasan masjid berbumbung 3?
Pernah terfikir kenapa masjid direka sebegitu?
Setelah membuat sedikit kajian, saya telah mendapat tahu sebab kenapa masjid dibina berbumbung 3.
Maksud bumbung tersebut
Bumbung pertama bermaksud MENJUNJUNG SYARIAT
Bumbung kedua bermaksud MENGUASAI HAKIKAT
Bumbung ketiga bermaksud MENCAPAI MAKRIFAT



Ada juga mengatakan

bumbung pertama mewakili IMAN
bumbung kedua mewakili ISLAM
bumbung ketiga mewakili IHSAN.

Dari segi saintifiknya, ruang di antara ketiga-tiga lapisan bumbung itu turut berfungsi sebagai; 

Menggantikan udara yang telah digunakan di dalam masjid dengan udara segar di luar  

Menyejukkan tubuh badan manusia

 Menyejukkan bangunan  

Mengelakkan kelembapan melampau di dalam masjid



    Borobudur?




              Borobudur dibina sebagai satu stupa, dan apabila dilihat dari bahagian atas, ia membentuk satu bentuk mandala Buddha gergasi, yang melambangkan symbol kosmologi Buddha. Asas candi ini adalah berbentuk segi empat, berukuran 118 meter di setiap sisi. Ia mempunyai 9 platform, dimana 6 aras dibawah berbentuk segi empat manakala 3 aras teratas berbentuk bulat. Terdapat 72 stupa kecil yang mengelilingi satu stupa besar di bahagian atas candi. Setiap stupa berbentuk seakan-akan loceng

     
       
            

           55000 meter kubik batu telah diambil dari sungai-sungai berhampiran untuk membina bangunan tersebut. Batu-batu itu dipotong mengikut saiz, dan diletakkan tanpa menggunakan mortar. Borobudur berbeza reka bentuknya berbanding bangunan yang sama fungsinya yang lain. Ia dibina di atas bukit semula jadi. Kebanyakan candi-candi lain dibina di tempat yang rata. Teknik pembinaannya sama seperti kuil lain di Jawa. Kuil ini tidak mempunyai ruang dalaman ataupun bilik. Rekabentuk asas kuil ini sama seperti bentuk pyramid. Pada awal-awalnya, Borobudur ini dianggap seperti stupa. Stupa berperanan sebagai tempat istirehat bagi Tuhan Buddha.

       



             Arkitek kuil ini ialah Gunadharma. Namun, tidak banyak maklumat dapat dikenalpasti mengenai Gunadharma. Nama Gunadharma sebenarnya adalah berasal dari kisah-kisah dongeng masyarakat Jawa. Tidak tertulis di mana-mana bahan bertulis lama. Asas unit ukuran Gunadharma gunakan semasa pembinaan kuil Borobudur dikenali sebagai tala. Tala merupakan ukuran daripada hujung ibu jari sehingga hujung jari hantu apabila jari ditegangkan ke tahap maksimum. Setiap orang mempunyai jarak jari yang berbeza. Namun, ukuran kuil Borobudur ini adalah tepat.

    Tri Angga?

    TRI ANGGA

    Tri angga bermaksud tiga bahagian. UTAMA, MADYA dan NISTA dapat dikenal pasti dalam tubuh badan manusia, struktur bangunan, perancangan Bandar dan persekitaran di mana masyarakat Bali tinggal. Tri angga Bali dibahagikan seperti berikut: 

    UTAMA :  Gunung ganang suci yang terbentang di tengah pulau Bali dari timur ke     barat.

    MADYA : Tempat dimana kebanyakan masyarakat Bali tinggal.

    NISTA : Lautan.