Borobudur dibina sebagai satu stupa, dan apabila dilihat dari bahagian atas, ia membentuk satu bentuk mandala Buddha gergasi, yang melambangkan symbol kosmologi Buddha. Asas candi ini adalah berbentuk segi empat, berukuran 118 meter di setiap sisi. Ia mempunyai 9 platform, dimana 6 aras dibawah berbentuk segi empat manakala 3 aras teratas berbentuk bulat. Terdapat 72 stupa kecil yang mengelilingi satu stupa besar di bahagian atas candi. Setiap stupa berbentuk seakan-akan loceng
55000 meter kubik batu telah diambil dari sungai-sungai berhampiran untuk membina bangunan tersebut. Batu-batu itu dipotong mengikut saiz, dan diletakkan tanpa menggunakan mortar. Borobudur berbeza reka bentuknya berbanding bangunan yang sama fungsinya yang lain. Ia dibina di atas bukit semula jadi. Kebanyakan candi-candi lain dibina di tempat yang rata. Teknik pembinaannya sama seperti kuil lain di Jawa. Kuil ini tidak mempunyai ruang dalaman ataupun bilik. Rekabentuk asas kuil ini sama seperti bentuk pyramid. Pada awal-awalnya, Borobudur ini dianggap seperti stupa. Stupa berperanan sebagai tempat istirehat bagi Tuhan Buddha.
Arkitek kuil ini ialah Gunadharma. Namun, tidak banyak maklumat dapat dikenalpasti mengenai Gunadharma. Nama Gunadharma sebenarnya adalah berasal dari kisah-kisah dongeng masyarakat Jawa. Tidak tertulis di mana-mana bahan bertulis lama. Asas unit ukuran Gunadharma gunakan semasa pembinaan kuil Borobudur dikenali sebagai tala. Tala merupakan ukuran daripada hujung ibu jari sehingga hujung jari hantu apabila jari ditegangkan ke tahap maksimum. Setiap orang mempunyai jarak jari yang berbeza. Namun, ukuran kuil Borobudur ini adalah tepat.
No comments:
Post a Comment